Jumaat, 31 Disember 2010
GABUNGAN FAMILY LEE & IZAN
Inilah bermulanya carta keluarga NOORZAN, gabungan dari Noor + Izan hasil dari kacukan dari keturunan Cina + Siam + Melayu...maka terhasillah jenerasi anak-anak saya.....
Ahad, 11 Julai 2010
KHASIAT BEKAM
BEKAM MERUPAKAN PENGUBATAN YANG DIPAKAI OLEH RASULULLAH S.A.W
sabda Rasulullah s.a.w :
الشفاء في ثلاثة شربة عسل وشرطة محجم وکية نار وانى انهى امة عن الکي
"penyembuhan itu terdapat pada tiga hal , minum madu,torehan alat bekam,kay(bakar dgn api), sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay' "- (HR BUKHORI)
ان کان في شىء من ادويتکم او يکون في شىء من ادويتکم خير ففي شرطة محجم او شربة عسل او لذعة بنار توافق الداء وما احب ان اکتوي
"jika ada yang terbaik pada ubat-ubat kamumaka ia terdapat pada alat torehan bekam,minum madu, atau 'kay',tetapi aku tidak suka berubat dgn api"-(HR BUKHORI)
BEKAM SUNNAH (BEKAM DARAH)

- Membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
- Memperbaiki aliran pembuluh darah.
- Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
- Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.
- Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
- Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
- Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
- Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
- Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
- Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
- Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
- Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
- Bermanfaat mengatasi keracunan.
- Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
- Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.
- Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
- Mengubati nephritis.
- Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
- Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
- Untuk mengatasi masuk angin.
- Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha,khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.
Rabu, 19 Mei 2010
IBU TERSAYANG
Sambutan hari ibu pada 9hb yang lepas membawa ingatan saya kepada ibu @ mama saya yang telah meninggalkan kami kira-kira 25 tahun yang lepas. Yang paling menyedihkan lagi beliau meninggal tanpa sempat melafazkan dua kalimah syahadah seperti mana kami setahun selepas pemergiannya. Itulah yang di katakan HIDAYAH....selagi mana Allah tidak menghendaki hambanNya menerima hidayahNya....maka apa jua cara sekalipun hidayah tidak akan menyinggah di hati hamba tersebut.
Ibu telah disemadikan di Wat Phikulthong Terbok, Tumpat Kelantan ( atau dalam panggilan Kelantan : Ketek Phikulthong). Time balik kampung, kami sekeluarga cuba lapangkan masa untuk pergi ziarah pusara ibu sambil menerangkan kepada anak-anak agar mereka tahu akan sejarah nenek dan juga keturunan mereka.

(Tempat ibu disemadikan)
Jadi bagi mereka yang ibu bapanya seagama, maka beruntunglah. Ambillah peluang dengan menjaga serta mencurahkan kasih sayang yang semaximum kepada mereka...jangan tunggu hari-hari tertentu sahaja untuk memberi penghargaan tanda kasih sayang kita...sesungguhnya itu bukan ajaran dalam Islam. Kasih sayang serta penghargaan kita kepada ibu hendaklah sentiasa berterusan sehingga ilal abad.
Dan bagi mereka yang ibu bapanya masih lagi tidak menerima Hidayah Islam, maka senantiasalah berdoa kepada Allah agar hidayah dicampakkan kepada mereka serta disusuli dengan usaha bagi menunjukkan keindahan Islam....senantiasa buat baik, malah lipat gandakan kebaikan kepada mereka. Dengan harapan ianya boleh menjadi bahan dakwah untuk menarik kedua ibu bapa kita bersama-sama mengecapi Hidayah Allah.
Ahad, 16 Mei 2010
Kewajipan Sembahyang (solat)
Hadith :
Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”
( Bukhari )

Bak Kut Teh (Ayam) / Chi Kut Teh
Hari Ahad adalah merupakan hari untuk digunakan sepenuhnya bersama keluarga. Hari ini saya cuba resepi yang baru diperolehi dari kawan saya, iaitu BAK KUT TEH (ayam).....hehehe jangan salah faham...ini versi halal. Sebelum ni tak pernah buat pun, ni lah kali pertama cuba. Menjadi gak...walaupun agak kureng sikit dari rasa yang asal..tapi kira ok la.
Jadi bagi kengkawan yang nak cuba, boleh la ambik resepi ni. Dapatkan rempah BAK KUT TEH di pasaraya besar seperti Tesco, Giant dll. Rempahnya terdiri dari herba-herba cina yang terpilih. Beli ayam (terpulang nak letak sekor pun boleh). Masukkan air pas tu panaskan hingga mendidih, lepas tu baru letak rempah BAK KUT TEH dan diikuti ayam. Reneh dengan api yang kecil (1-2 jam lebih).
Semasa direneh boleh la masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap cair, 1-2 labu bawang putih (tanpa dikupas kulitnya) dan garam secukup rasa.
Bahan-bahan sampingan bolehlah masukkan cendawan hitam (kering-setelah direndam), fish ball, tahu kering, salad panjang dan apa yang di fikir sesuai mengikut citarasa masing-masing.
Potong cili api dan campurkan kicap cair....sedia untuk dimakan.
"masih dalam periuk"
Langgan:
Catatan (Atom)