Islamic Widget

Pages

Rabu, 19 Mei 2010

IBU TERSAYANG

Sambutan hari ibu pada 9hb yang lepas membawa ingatan saya kepada ibu @ mama saya yang telah meninggalkan kami kira-kira 25 tahun yang lepas. Yang paling menyedihkan lagi beliau meninggal tanpa sempat melafazkan dua kalimah syahadah seperti mana kami  setahun selepas pemergiannya. Itulah yang di katakan HIDAYAH....selagi mana Allah tidak menghendaki hambanNya menerima hidayahNya....maka apa jua cara sekalipun hidayah tidak akan menyinggah di hati hamba tersebut.

Ibu telah disemadikan di Wat Phikulthong Terbok, Tumpat Kelantan ( atau dalam panggilan Kelantan : Ketek Phikulthong). Time balik kampung, kami sekeluarga cuba lapangkan masa untuk pergi ziarah pusara ibu sambil menerangkan kepada anak-anak agar mereka tahu akan sejarah nenek dan juga keturunan mereka.




(Tempat ibu disemadikan)


Jadi bagi mereka yang ibu bapanya  seagama, maka beruntunglah. Ambillah peluang dengan menjaga serta mencurahkan kasih sayang yang semaximum kepada mereka...jangan tunggu hari-hari tertentu sahaja untuk memberi penghargaan tanda kasih sayang kita...sesungguhnya itu bukan ajaran dalam Islam. Kasih sayang serta penghargaan kita kepada ibu  hendaklah sentiasa berterusan sehingga ilal abad.

Dan bagi mereka yang ibu bapanya masih lagi tidak menerima Hidayah Islam, maka senantiasalah berdoa kepada Allah agar hidayah dicampakkan kepada mereka serta disusuli dengan usaha bagi menunjukkan keindahan Islam....senantiasa buat baik, malah lipat gandakan kebaikan kepada mereka. Dengan harapan ianya boleh menjadi bahan dakwah untuk menarik kedua ibu bapa kita bersama-sama mengecapi Hidayah Allah.

Tiada ulasan: