Islamic Widget

Pages

Ahad, 11 Julai 2010

KHASIAT BEKAM

BEKAM MERUPAKAN PENGUBATAN YANG DIPAKAI OLEH RASULULLAH S.A.W


sabda Rasulullah s.a.w :

الشفاء في ثلاثة شربة عسل وشرطة محجم وکية نار وانى انهى امة عن الکي

"penyembuhan itu terdapat pada tiga hal , minum madu,torehan alat bekam,kay(bakar dgn api), sesungguhnya aku melarang umatku dari 'kay' "- (HR BUKHORI)

ان کان في شىء من ادويتکم او يکون في شىء من ادويتکم خير ففي شرطة محجم او شربة عسل او لذعة بنار توافق الداء وما احب ان اکتوي

"jika ada yang terbaik pada ubat-ubat kamumaka ia terdapat pada alat torehan bekam,minum madu, atau 'kay',tetapi aku tidak suka berubat dgn api"-(HR BUKHORI)


BEKAM SUNNAH (BEKAM DARAH)
  • Membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  • Memperbaiki aliran pembuluh darah.
  • Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
  • Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.
  • Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
  • Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
  • Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
  • Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
  • Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
  • Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
  • Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
  • Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
  • Bermanfaat mengatasi keracunan.
  • Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.


BEKAM ANGIN

  • Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.
  • Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
  • Mengubati nephritis.
  • Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
  • Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
  • Untuk mengatasi masuk angin.
  • Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha,khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.

Tiada ulasan: